Saturday, August 29, 2009

Kemelut Kartika....



saya terpanggil untuk menulis entry ini apabila melihat ust joe kita turut memberikan pendapat beliau tentang isu yang sedang hangat diperdebatkan didada-dada akhbar tempatan mahupun luar negara(agak musykil).Saya bukanlah arif benar berkenaan dengan isu2 hukum ini apatahlagi ilmu-ilmu agama cumanya mungkin hati saya terpaut dengan kartika yang menerima hukuman yang dijatuhkan dengan rela hati dan menghadapi ujian daripada-Nya dengan tenang.Sekadar ingin melontarkan pendapat dan jika ada yang silap mohon diperbetulkan hamba yang lemah ini.Berbalik kepada isu kartika ini sebenarnya bukan isu baru karna telah setahun kes ini dibicarakan dan yang menjadikan isu ini hangat apabila Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan menjatuhi beliau denda Rm 5000 dan enam sebatan (maksimum) atas kesalahannya minum arak.dan menjadi lebih meletop apabila tiba saat kartika bersedia menerima hukuman sebatan itu pada isnin lalu pihak Jaip(Jabatan Agama Islam Pahang) memaklumkan bahawa hukuman sebatan itu akan ditangguhkan atas sebab untuk menghormati bulan puasa..Ironinya pihak NGO yang pada mulanya yang tidak pernah ambil tahu tentang isu ini tiba-tiba muncul seperti cendawan setelah hujan dan dengan baik hatinya menawarkan khidmat peguam secara percuma kepada Kartika supaya merayu ke atas hukuman berkenaan yang dikatakan mendera wanita.
"Ini(sebatan) hukum allah.Saya tidak mahu mempersenda agama saya, oleh itu saya rela menjalani hukuman ini walaupun terpaksa menempuh pelbagai dugaan,"kata Kartika Sari Dewi Shukarno.

Kata-kata ini sudah cukup membuktikan Kartika sudah bersedia menerima hukuman ini.Saya agak keliru apa yang ingin pihak NGO perjuangkan.Memang benar meraka mendakwa mereka memperjuangkan hak asasi manusia tetapi mungkin tidak kena tempat pada kali ini karna pihak tuan badan sendiri sudah rela hati untuk menerima hukuman yang sewajarnya.Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi.Saya yakin walaupun kartika belum menjalani hukuman ini,tapi isu ini sudah cukup menyedarkan segelintir masyarakat di luar sana yang terlibat dalam kancah maksiat ini bahawa arak itu haram di sisi agama islam.(and it is not haram on public only) walaupun pun bunyinya seperti mereka lebih takut hukuman di dunia dari akhirat but at least dapat menimbulkan rase gerun itu sudah cukup baik i guess..wallahuallam~


p/s1:more info click this
p/s 2 mode song:viva la vida



4 comments:

  1. hurm..btul2~
    bknnyer tuk mndera
    tp utk mndidik
    mslahnyer dorg ni igt hukuman sebatan syariah adlah cm dlm hukamn sivil
    sbnrnyer xsame ok.
    sebatan dlm syariah bknnyer smpai mncederakn kulit.pas2 sebat hanye bermula btul2 pd atas kulit n bkn pd tmpat yg same.
    bkn cm dlm sivil yg kne angkat smpai nmpak ketiak n pd tmapt yg sme.
    hurm..2la mereka.trgolong dri golongn cerdik pandai.tp melalui isu ni da nmpak mereka cetak ilmu agame..
    smpai hukum Allah dipertikaikan..
    wallahuallam..


    *tq bgkitkan isu neh. ;D

    ReplyDelete
  2. sje nak isi mase lapang..hehhe

    ReplyDelete
  3. knape tak 40 sebatan terus..
    mungkin ngara kite masih belum bersedia menjalankan hukuman hudud kot dan malaysiakan ade undang2nye sendiri.jadi hukam yang 6 sebatan tu base on undang-undang syariah(mahkamah tinggi syriah)..kalu betul2 nak ikut hukum hudud pun pesalah minum arak nieh boleh dikenakan 80 sebatan tak silap aku...wallahuallam

    ReplyDelete